Gambar hiasan

TANGKAK – Seorang kakitangan kerajaan rugi RM10,500 selepas terpedaya dalam penipuan kononnya pelaburan Khazanah Nasional Berhad, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, semuanya bermula apabila mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 50 tahun tertarik dengan pelaburan tersebut dan dimasukkan dalam satu group telegram kelmarin.

“Lelaki tersebut terpedaya untuk melabur kerana dijanjikan dengan pulangan yang lumayan dalam tempoh singkat dan jaminan pulangan wang modal.

“Mangsa melakukan tiga transaksi pada semalam dan kelmarin ke dalam dua akaun bank yang berbeza disyaki mule account,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian menyedari diperdaya dalam pelaburan tidak wujud itu sebelum membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta disebat dan denda.

“Polis Daerah Tangkak menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan secara mudah dalam tempoh singkat,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast