Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di lapangan oleh kontraktor DBKL bagi menangani banjir kilat di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku semalam di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur akibat cuaca tidak menentu dan gangguan infrastruktur setempat.

Menurutnya, pasukan DBKL bersama agensi keselamatan telah digerakkan segera bagi memastikan keselamatan awam, menutup kawasan berisiko, membantu mereka yang terjejas serta melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan.

Keadaan berjaya dikawal dalam masa singkat.

Orang awam dinasihatkan mematuhi arahan keselamatan dari semasa ke semasa dan menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian kecemasan DBKL 24 Jam, melalui Bilik Gerakan Bencana DBKL di talian 03-2617 9862 atau WhatsApp 013-2503 255.

Maklumat berkaitan kecemasan juga boleh disalurkan ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) melalui WhatsApp 019-212 0032, Pusat Kawalan Operasi Jabatan Penguatkuasaan DBKL di talian 03-4010 6273 atau WhatsApp 019-212 0031, serta Skuad Kecemasan DBKL di talian 03-9284 3434 /03-9284 3636 atau WhatsApp 011-6539 9004. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast