Oplus_131072

KULAI – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas didapati masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke balai berhampiran bagi membantu siasatan serta pemeriksaan dokumentasi.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu baru sahaja turun dari bas Kuala Lumpur dan memasuki tandas wanita secara tidak disengajakan.

“Lelaki tersebut membawa beg pakaian yang diletakkan di atas kerusi menunggu sebelum memasuki tandas dan ketika kejadian tiada wanita berada dalam tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas selesai dokumentasi dan laporan polis dibuat.

Terdahulu tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditahan orang awam selepas didakwa memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai.

Lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada anggota polis di lokasi terminal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast