Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar Muthuvelu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ahli keluarga kepada tiga lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di Melaka pada 24 Disember lalu telah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) hari ini.

Pengarah JSJ, Datuk M. Kumar Muthuvelu berkata, satu unit telefon bimbit yang mengandungi audio yang didakwa ada kaitan dengan kes yang disiasat telah diserahkan oleh alah seorang ahli keluarga kepada polis untuk siasatan lanjut.

Selain itu, sampel suara saksi tersebut turut diambil dengan bantuan pihak Cyber Security Malaysia untuk tujuan analisa.

“Percakapan tiga orang ahli keluarga si mati turut dirakam hari ini dengan kehadiran tiga peguam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Kumar, pihaknya menegaskan komitmen siasatan yang kini diambil alih oleh pasukan khas JSJ Bukit Aman akan dikendalikan secara dil dan professional berdasarkan undang-undang sedia ada.

Setakat ini, polis sudah merekodkan percakapan seramai tujuh orang saksi terdiri daripada tiga orang ahli keluarga si mati dan empat orang pegawai perubatan.

“PDRM komited dalam meastikan ketelusakan integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan tanpa berpihak kepada mana-mana individu dan tidak akan berkompromi dengan sebarng salah laku,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast