Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang kebun kerugian RM61,812 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 30 tahun itu mengetahui tawaran pinjaman wang tersebut menerusi iklan pada laman sosial.

“Mangsa menghubungi nombor pada iklan itu dan dimaklumkan pinjaman diluluskan serta-merta, bagaimanapun perlu membayar sejumlah wang bagi tujuan kos pentadbiran dan yuran guaman,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Azli berkata, mangsa membuat 27 bayaran ke enam akaun dari 27 November hingga 9 Disember dengan menggunakan wang pinjaman daripada ahli keluarga.

Mangsa membuat laporan polis pada 5.04 petang semalam selepas gagal mendapatkan wang pinjaman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast