JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenaan merasmikan Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Kempas Baru, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman.
Berikutan itu, Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) KTMB bagi laluan KL Sentral-Johor Bahru dijangka mula beroperasi esok.- MalaysiaGazette
















