Skuad B-23 negara kendalian Nafuzi Zain di Sukan SEA Thailand.

KUALA LUMPUR – Tuah menjadi milik skuad bawah 23 (B-23) negara apabila mara  ke separuh akhir temasya Sukan SEA 2025 selepas muncul naib juara terbaik peringkat kumpulan.

Ia susulan kegagalan Indonesia melakar kemenangan besar dengan kelebihan tiga gol ke atas Myanmar semalam.

Namun pada aksi terakhir Kumpulan C, Indonesia gagal memintas skuad muda Harimau Malaya selepas hanya mampu meraih kemenangan 3-1 di Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai, Thailand.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad B-23 negara kendalian Nafuzi Zain akan menentang tuan rumah, Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Isnin ini.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Vietnam akan bertemu Filipina dengan juara akan layak ke final manakala yang tewas akan beraksi di penentuan pingat gangsa pada 18 Disember depan.

Kali terakhir skuad negara menjuarai ibu pingat emas itu adalah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast