Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila kesemua 571 orang daripada 155 keluarga di Kemaman dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu Kol Pertahanan Awam (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, kesemua mangsa sebelum ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang pada 6 petang tadi berikutan keadaan cuaca semakin baik hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Zul Khairi menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga serta bersiap sedia untuk berpindah ke PPS sekiranya kawasan rumah mereka mula dinaiki air.

“Dalam musim Monsun Timur Laut ini, penduduk yang selalu dilanda banjir perlu berjaga-jaga dengan amaran dikeluarkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan bersedia untuk berpindah ke tempat lebih selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast