KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan melibatkan pegawai dan anggota polis semasa menjalankan tangkapan baru-baru ini.
Ia dikatakan terakam dalam rakaman litar tertutup (CCTV) dan tular.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk M. Kumar berkata, laporan diterima pada 18 November lalu oleh seorang Wanita Melayu yang mendakwa anak lelakinya dipukul semasa proses tangkapan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang membawa hukuman penjara selama tempoh sampai setahun atau denda yang mencapai RM2, 000 atau kedua-duanya.
“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor hari ini untuk nasihat dan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette















