Peguam Muhammad Shafee Abdullah hadir bagi mendengar keputusan kes akhir pembelaan yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 26 DISEMBER 2025.

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap kesemua 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mensabitkan bekas Perdana Menteri terhadap empat pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk mendapatkan suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Beliau yang kini hakim Mahkamah Persekutuan berpuas hati, pihak pembelaan gagal membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan munasabah bagi semua pertuduhan.

Mahkamah kemudian mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan sebelum hukuman dijatuhkan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Bagi pertuduhan salah guna kedudukan, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di ibu negara antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula didakwa dilakukan di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. UMNO dan orang Melayu khususnya penypkong tegar DSNR tak perlu melatah tetapi ajan terus petjuangkan pengampunsnnya menerusi protes senyap dan dipersembahkan menerusi unidi pilihanraya kerana hanya dengan memegang semula tampuk kepimpinan dalam kerajaan DSNR akan dapat diselamatkan. ini kerans institusi raja kita sudah tidak dihormati lagi dan tidak mempunyai kuasa mutlak. bangkitlah Melayu bermula sari sekarang dan bersatu hati demi menegakkan keadilan.

Comments are closed.