Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media selepas perasmian Sayap-Sayap Bersatu sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ke-8 Tahun 2025 di IDCC Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 6 SEPTEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Perkembangan politik di Perlis perlu ditangani dengan penuh kematangan dan semua pihak diminta agar bertenang demi memastikan kestabilan negeri terus terpelihara.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebarang keputusan dan pendirian politik haruslah berpaksikan kepentingan rakyat dan negeri serta mengambil kira kestabilan jangka panjang.

Menurut beliau, rakyat menaruh keyakinan penuh Raja Perlis akan menggunakan kebijaksanaan serta kuasa prerogatif baginda selaras dengan Perlembagaan Negeri bagi menentukan pelantikan menteri besar yang baharu.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan Kerajaan Negeri Perlis terus berfungsi dengan baik agar dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kebajikan dan keperluan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, ia selaras dengan mandat dan harapan yang telah diberikan oleh rakyat kepada Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.