Keadaan bas dan treler yang terlibat dalam nahas di atas Jambatan Endau-Rompin, malam tadi.

KUANTAN – Sebanyak 30 penumpang selamat selepas bas ekspres dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 159 Jalan Kuantan-Johor Bahru, di atas Jambatan Endau, Rompin malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11.20 malam ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Johor Bahru manakala bas pula datang dari arah Johor Bahru menuju ke Kuantan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori treler yang bergerak lurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, kedua-dua pemandu serta kesemua 30 penumpang bas yang berusia antara tujuh hingga 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua penumpang bas telah selamat dihantar pulang kira-kira satu jam selepas kejadian menggunakan bas lain,” katanya

Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast