KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa
serta merta sehingga siasatan terhadap beliau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan.
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, langkah ini bagi memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan.
Bagaimanapun, Khaled tidak mendedahkan tentang siasatan berkenaan.
Pada masa sama, Khaled turut mengumumkan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain akan memangku tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkuat kuasa serta merta susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar. – MalaysiaGazette
















