MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Muar pagi tadi.

 

MUAR – Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 berlaku di sekitar Bukit Kepong, Pagoh di sini pada pukul 8.55 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan dikesan pada koordinat 2.4° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 16 kilometer barat daya Pagoh dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan, gegaran berkenaan adalah kecil dan tidak dijangka menyebabkan kerosakan struktur atau risiko keselamatan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast