Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki meluru tiba-tiba ke arah sebuah kereta di Jalan Austin Heights 8/2, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat insiden tular seorang pejalan kaki meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video tersebut pada pukul 12.12 tengah hari tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.35 pagi semalam melibatkan seorang pejalan kaki dengan seorang perempuan warga tempatan berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes-Benz.

“Hasil siasatan mendapati perempuan berkenaan yang bekerja di kedai buku dalam perjalanan dari Taman Cemerlang menuju ke Taman Mount Austin.

“Ketika melalui kawasan terbabit, secara tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berlari secara meluru ke arah kereta berkenaan. Pejalan kaki itu juga masih belum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raub, kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59 iaitu kecuaian pejalan kaki melintas jalan.

Katanya, polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan.

“Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Norijan Sharkawi di talian 013-2623176,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast