Seorang penunggang maut manakala isteri dan bayi lelakinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka hilang kawalan akibat dikejar seekor anjing di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap, Simpang Renggam, Johor, semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.














