Azlee mencari ibu kepada anak angkatnya bagi urusan dokumentasi di JKM Pontian, Pontian.

PONTIAN – Seorang lelaki sedang mencari ibu kandung kepada anak angkatnya bagi urusan pengesahan anak angkat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Azlee Siraj, 59, berkata, anak angkatnya, Nur Shafirra Allysha Abdul Muntaqim yang kini berusia tiga tahun diserahkan ibunya sendiri, Nurulain Sarpin, 20-an di sebuah rumah sewa di Skudai, Johor Bahru.

“Walaupun telah mempunyai surat penyerahan anak angkat daripada Nurulain, JKM Pontian memerlukan kehadiran ibu kandung Nur Shafirra Allysha bagi proses pengambilan anak angkat.

“Saya berharap Nurulain dapat membantu proses ini bagi memudahkan proses dokumentasi yang diperlukan sebelum masuk sekolah dan sebagainya nanti,” katanya ketika ditemui ditemui di Kampung Sungai Buntu, Penerok di sini hari ini.

Dia berkata, Nur Shafirra diserahkan kepadanya ketika berusia empat hari oleh ibunya sendiri dan amat menyayanginya seperti anak kandung.

Sebelum ini katanya, dia tidak mengenali Nurulain tetapi seorang rakannya telah memperkenalkannya kepada wanita tersebut sekiranya berminat untuk mengambil anak angkat.

“Memandangkan kami tiada anak, kehadiran Nur Shafirra telah menceriakan kehidupan kami yang telah berkahwin selama lapan tahun tetapi belum lagi dikurniakan zuriat hingga kini,” katanya.

Azlee meminta mereka yang mengenali atau mengetahui di mana Nurulain berada agar dapat memaklumkannya menerusi talian 012-7490973.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast