Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Sebagai salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), MCA berharap hasrat UMNO untuk memperkukuhkan parti itu menerusi penyatuan Melayu, akan berhasil.

Jelas Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, ini kerana usaha itu pada akhirnya akan memberi impak positif kepada BN secara keseluruhannya.

Sehubungan itu katanya, ia wajar dijadikan asas perjuangan politik meskipun melibatkan mana-mana pihak yang pernah keluar daripada UMNO.

“Jadi saya rasa ia antara parti sebuah rumah bukan hanya mencari keyakinan balik dalam masa yang sama untuk dapatkan sokongan balik

“Ini adalah satu rumah bangsa yang sepatutnya dijadikan wadah perjuangan, dalam konteks mana-mana parti untuk memperkukuhkan parti dan menarik mereka yang keluar sekejap atau sudah mungkin keluar untuk balik, sama-sama berjuang semula,” katanya.

Beliau ditemui selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini.

Ka Siong berkata, MCA sentiasa terbuka kepada mana-mana pendekatan dan perbincangan yang memberikan kesan positif kepada kedudukan BN.

“Untuk Melayu dan Islam mereka boleh berbincang dalam komuniti, kita sebagai MCA juga sedia berbincang, tidak ada isu.
Tapi dalam konteks BN itu gabungan yang lebih besar jadi kita perlu melihat dari segi kepelbagaian dan realiti politik di mana ia merupakan masyarakat majmuk,” tambahnya.

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO UMNO hari ini mengumumkan penubuhan  Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak baik secara individu atau secara en bloc ke dalam parti itu.

Menurutnya, politik Melayu-Islam tidak boleh terus berselerak dan penyatuan itu bukan dengan retorik amarah atau dengan dendam sejarah, tetapi dengan haluan yang jelas serta jiwa yang besar.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast