Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemukan di balkoni sebuah rumah flat di Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 11.15 pagi. 

Menurutnya, ketika ditemui mayat lelaki berkenaan lengkap berpakaian tergantung di balkoni rumah.

“Pemeriksaan tubuh badan luaran simati tidak terdapat tanda-tanda lebam atau pergelutan yang bermotifkan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Johari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat, sila tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi Balai Polis Nilai di talian 06-7904372 atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Mohd Khairol Miron ditalian 013-6183460 untuk menyalurkan maklumat berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast