Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan

ISKANDAR PUTERI – Tiga pemandu lori ditahan dan 23 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Perdagangan (Timbang Berat) di Lebuh Raya Linkedua dan Lebuhraya Kota Iskandar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, operasi tersebut dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri terhadap lori perdagangan.

“Operasi ini dijalankan untuk mengambil tindakan tegas terhadap lori perdagangan yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

“Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 15 lori diperiksa dan 23 keping saman dikeluarkan. Tiga lori ditahan kerana membawa muatan melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan.

Kumarasan berkata, tiga pemandu lori berkenaan iaitu lelaki tempatan berusia antara 29 sehingga 58 tahun ditahan.

Kes disiasat bawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan pemilik dan pemandu lori perdagangan agar tidak membawa muatan lebih had yang dibenarkan kerana bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi membahayakan pengguna jalan raya lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast