Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dianggarkan kira-kira RM700,000 dibekukan susulan siasatan ke atas syarikat-syarikat dipercayai terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, siasatan bahagian perisikannya turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM tersebut bernilai kira-kira RM2 juta.

Setakat ini SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara sama ada terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan.

“Pada masa ini SPRM sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek dan turut mengesan pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, sehingga hari ini SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast