KUALA LUMPUR -Harga runcit diesel  di  Semenanjung  Malaysia pada RM2.92 seliter bagi tempoh 29 Januari 2026 hingga 4 Februari 2026.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan peningkatan harga minyak global.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, MOF berkata, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 29 Januari 2026 hingga 4 Februari 2026 kekal seperti minggu sebelumnya.

Harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.10 seliter manakala petrol RON95 tanpa subsidi pada RM2.54 seliter sementara RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.

Kerajaan katanya, akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast