Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) P Punithan hadir pada mesyuarat di rumah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Setia Bakti, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 29 JANUARI 2026.

DAMANSARA – Mesyuarat pra-majlis yang diadakan malam ini di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang tentang hala tuju Perikatan Nasional (PN).

Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) P.Punithan berkata demikian sebelum memasuki kawasan perkarangan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, malam ini.

“Hari ini kita buat perbincangan bersama dengan presiden-presiden parti, perbincangan tentang hala tuju PN,” katanya.

Difahamkan selepas Punithan, Presiden Gerakan Datuk Dominic Lao tiba beberapa minit kemudian.

Setakat ini MalaysiaGazette difahamkan hanya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir mesyuarat malam ini.

Media sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sepatutnya berlangsung malam ini.

Namun ia diganti dengan mesyuarat pra majlis di kediaman Muhyiddin.

Muhyiddin Yassin mencadangkan jawatan Pengerusi PN dimansuhkan dan kepemimpinan gabungan itu disusun semula, susulan pertikaian dalaman yang berterusan berhubung pelantikan ketua baharu.

Cadangan itu disuarakan selepas meletakkan jawatan sebagai pengerusi perikatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast