Anwar Ibrahim melawat Muzium diRaja Johor, Johor Bahru, hari ini. Foto Izzuddin Abd Radzak/Pejabat Perdana Menteri

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ister Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismaili mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Bahru hari ini.

Anwar melahirkan kesyukuran kerana dapat melawat muzium berkenaan yang menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi di samping persekitaran landskap terpelihara dan menarik.

“Salut saya buat Kerajaan Negeri Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasa tarikan pelancongan negeri, sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor.

“Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa,” ujar beliau dalam Facebook miliknya hari ini.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast