Roslan Mohd Talib

TANGKAK – Seorang lelaki kerugian RM307,000 selepas terpedaya dalam urusan jual beli sebidang tanah yang tidak dilakukan mengikut prosedur di Pejabat Tanah sejak 13 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima satu laporan polis semalam daripada seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun berkenaan penipuan belian sebidang tanah.

ā€œMangsa dalam kes ini telah diperdayakan oleh suspek dengan tidak membuat pertukaran hak milik tanah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pejabat tanah.

“Mangsa telah ditawarkan untuk urusan berkenaan sekitar bulan Mac 2013 dan melakukan transaksi sejak 24 April 2013 sehingga 20 Ogos 2014 dengan pembayaran menggunakan cek dan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pembelian tanah itu seluas 1.59 ekar berbentuk tanah lot di mana ada sebuah rumah, sebuah bangunan dan pokok durian.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa polisĀ menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pembelian hartanah melalui saluran yang meragukan.

“Orang ramai diseru agar membuat semakan terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan atau scam,” tambahnya.

Beliau juga menasihatkan orang awam sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan scam melalui laman sosial jabatan siasatan jenayah komersil seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Sekiranya telah menjadi mangsa scam sila hubungi National Scam Response Centre (NSRC) talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast