Seorang remaja maut selepas kereta dipandu melanggar sebuah kereta lain di Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat, malam tadi.

SEGAMAT – Seorang remaja maut selepas kereta dipandu melanggar sebuah kereta lain dinaiki satu keluarga di Kilometer 192 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Nantha berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 11.30 malam yang membabitkan kereta jenis Proton dan Honda.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton tersebut yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun bergerak dari arah Buloh Kasap menghala ke Segamat masuk ke laluan bertentangan.

“Proton tersebut kemudian melanggar bahagian hadapan Honda tersebut yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an bersama-sama enam penumpang berusia enam hingga 30-an yang sedang bergerak dari arah Segamat menghala ke Buloh Kasap,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut pemandu Proton mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu dan penumpang Honda pula mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9325811.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast