Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati, Tangkak kelmarin.

TANGKAK – Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Bunga Laut, Sungai Mati di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pukul 3.15 petang.

“Pemeriksaan awal mendapati identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti termasuk status kewarganegaraan berikutan keadaan mayat yang telah mereput.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, kenalan atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Mati, SM Azaam Nordin di talian 012-241 6116 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di nombor 06-978 5222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast