GEORGE TOWN – Kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu yang merobohkan kuil Hindu di Rawang, Selangor semalam, bagi mengelakkan amalan mengambil undang-undang sendiri menjadi kebiasaan,” kata Naib Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.
Beliau berkata, insiden itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menghina agama serta menyinggung perasaan penganut.
“Kerajaan tidak boleh memandang ringan isu ini kerana ia berpotensi mencetuskan ketidakpuasan dan konflik antara komuniti agama serta kaum.
“Walaupun kuil tersebut didakwa dibina secara haram atau tidak mematuhi peraturan, bukan hak individu untuk merobohkannya sendiri.
“Sebarang perobohan mesti melalui perbincangan bersama pihak berkuasa penguatkuasaan dan pengurusan kuil, serta memberi masa mencukupi untuk memindahkan arca dan barang keagamaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, sebarang perbuatan sengaja merosakkan atau menghina tempat ibadat mesti dikenakan tindakan undang-undang.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar baru-baru ini mengumumkan pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan terhadap struktur agama yang tidak mematuhi peraturan untuk membersihkan tanah yang tidak dimiliki secara sah, namun ini tidak seharusnya disalah tafsir sebagai membenarkan orang awam mengambil tindakan sendiri dengan merobohkan struktur yang dianggap haram.
“Malaysia merupakan negara berbilang agama, kepercayaan dan menghormati kepercayaan agama masing-masing adalah tanggungjawab bersama setiap komuniti.
“Justeru kerajaan tidak seharusnya hanya melabelkan kuil sebagai ‘tidak sah’ dan terus merobohnya sebaliknya mereka perlu diberi peluang membentangkan sejarah kuil, terutama yang wujud sejak era kolonial kerana sebarang perobohan akan menyinggung perasaan mereka,” katanya.
Media semalam melaporkan polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penahanan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit.
“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil sudah dirobohkan tanpa ada perbincangan serta tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengadu sebelum aktiviti pembersihan tersebut dilakukan,” katanya. – MalaysiaGazette
















Oke..Tapi hak untuk bina secara haram tu plak atas peraturan atau undang2 apa?
Apek, lu tatak baca kah. Owner sudah report sama PBT dan PBT sudah kasi tau dia kena settle sendiri binaan itu sbb itu binaan dalam tanah persendirian lohh. PBT sudah bagi arahan kepada dia.
Bodo.. Lu mau org hormat penceroboh sedangkan kamu dan mereka tidak hormat undang undang negara ini.