SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Exco) Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti Selangor, Papparaidu Veeraman menegaskan, tidak wajar meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada penjawat awam dalam isu penguatkuasaan pada setiap masa.
Ini kerana Malaysia mempunyai sistem perundangan dan kehakiman yang menentukan salah atau tidak seseorang, katanya.
Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata negara ini bukan mengamalkan sistem komunis atau pemerintahan autoritarian.
“Kita tidak hidup dalam negara komunis atau sistem kuku besi. Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di mana kerajaan dipilih rakyat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja,” tulisnya dalam Facebook beliau hari ini.
Menurut beliau, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang belum memahami sepenuhnya sistem pentadbiran negara.
“Kemerdekaan mesti disertai dengan kefahaman bagaimana negara ini ditadbir. Dalam soal penguatkuasaan, kita tidak boleh meletakkan 100 peratus kesalahan kepada pegawai atau penjawat awam,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia mempunyai undang-undang dan sistem kehakiman bagi menentukan kesalahan serta menjatuhkan hukuman selain menyediakan beberapa peringkat mahkamah untuk memastikan keadilan ditegakkan.
Mengulas peranan pihak berkuasa tempatan, beliau berkata, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sudah menyediakan peruntukan mencukupi untuk tindakan penguatkuasaan.
Bagaimanapun beberapa aspek perlu dipertimbangkan sebelum sebarang tindakan dilaksanakan.
“Antaranya, sama ada isu itu sensitif, sama ada ia menjejaskan mata pencarian keluarga khususnya peniaga kecil, sama ada perintah mahkamah telah diperoleh dan sama ada tindakan itu boleh mengganggu keharmonian masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, banyak faktor perlu dinilai termasuk penglibatan pihak polis dan saluran perundangan sebelum sesuatu tindakan diambil.
Sehubungan itu, beliau menggesa netizen supaya tidak tergesa-gesa menuding jari atau menuduh pihak polis serta pegawai penguat kuasa gagal menjalankan tugas. – MalaysiaGazette
















Boleh tak suratkhabar terus terusan publish kata kata berat sebelah ahli politik bangang camni. Membela benda yg salah, undang undang terpakai masa nk roboh tp masa ceroboh tak pakai undang undang.
Sedangkan ramai saja komuniti India yg faham dan tak setuju dengan penceroboh.
KENAPA SUARA MEREKA YG FAHAM ISU NI TAK PULA DI PUBLISH? Adakah paper ni pun sama cuba create takpuas hati rakyat lain?
Boleh tak suratkhabar berhenti publish kata kata berat sebelah ahli politik bangang camni. Terang terang membela benda yg salah, undang undang bg dia hanya terpakai masa nk roboh tp masa ceroboh tak sebut pulak psl undang undang.
Sedangkan ramai saja komuniti India yg faham dan tak setuju dengan penceroboh dan dia ni. Komuniti yg benar benar faham undnag undang Malaysia ada tp
KENAPA SUARA MEREKA YG FAHAM ISU NI TAK PULA DI PUBLISH? Adakah paper ni pun sama cuba create takpuas hati rakyat lain?
Malaysiagazette, berhenti dr jadi alat menormalisasi perkara yang bertentangan dgn undang undang. Berhenti jadi pencetus kepada permusuhan rakyat berbilang kaum yg rata rata faham dan patuh kepada undang undang, dan ajaran agama yg tidak membenarkan kezaliman kpd orang dan harta milik org lain