AC Mizal (kiri) menjadi duta jenama Ella Furniture sejak 2022.

KUALA LUMPUR – Ketika terdapat segelintir masyarakat selesa menggunakan jenama luar negara, selebriti popular, Datuk AC Mizal sebaliknya tetap setia memberikan sokongan terhadap produk jenama tempatan.

Pengacara dan penyanyi itu berkata, jenama perabot Ella Furniture yang beroperasi sejak 2019 itu menjadi pilihannya kerana memiliki kualiti tinggi walaupun dihasilkan oleh Bumiputera sendiri.

“Saya bermula dengan menghubungi Ella Furniture untuk membaik pulih sofa dan seterusnya pihak mereka bermurah hati menaja set sofa mereka.

“Bermula dari itu, saya dapat merasai kualiti produk tempatan lebih-lebih lagi jenama ini diusahakan oleh bumiputera sendiri sehinggalah saya ditawarkan menjadi duta sejak tahun 2022 dan membantu mempromosikan jenama ini sambil mengakui strategi pemasaran juga memainkan peranan penting dalam menaikkan jenama itu,” katanya.

AC Mizal hadir bagi meraikan pembukaan cawangan kelima jenama itu di Bandar Seri Putra, Bangi dalam usaha dikenali di pasaran nasional sebagai pilihan terbaik untuk perabot rumah berkualiti tinggi.

Ella Furniture sebelum ini pernah menjadi penaja utama dalam siri TV Impiana: Makeover Ruang Selebriti yang mencatat lebih dua juta tontonan di mana ia satu pencapaian signifikan dalam meningkatkan pengiktirafan jenama di mata umum.

Sempena dengan pembukaan cawangan baru ini, Ella Funiture juga menawarkan diskaun Istimewa bernilai sehingga RM3,000 untuk barangan terpilih d iseluruh cawangan.

 

Pengasas Ella Furniter, Nur Laila Alway (kanan) bersama Datuk AC Mizal.

Sementara itu, pengasasnya, Nur Laila Alway berkata, usahanya bermula apabila melihat keperluan ramai keluarga Malaysia yang mahukan perabot rumah bukan sekadar mampu milik tetapi kualiti premium dan tahan lama.

Kata beliau, jenama itu menawarkan perabot seperti sofa, kerusi makan, bangku, meja makan dan katil yang dibina dengan teliti walaupun bukan mudah juga bagi golongan bumiputera menembusi pasaran industri yang dipelopori kaum lain.

“Namun dengan tekad dan kesungguhan, alhamdulillah kami kini sudah mempunyai lima cawangan. Kami kami berhasrat mngembangkan lagi empayar ini dan membuka lagi beberapa cawangan di lokasi terpilih” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast