Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.

KUANTAN – Kanak-kanak berusia 15 tahun yang menjadi saksi kejadian tragis yang meragut lima nyawa ahli keluarganya di rumah mereka di Cherating Damai, di sini dibawa pulang ke Kemaman, Terengganu oleh bapa kandungnya.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad, pihaknya telah menemukan kedua-dua beranak itu kelmarin.

“Pihak JKM Kuantan telah berjumpa kedua-dua mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, namun ketika itu kanak-kanak itu dilihat masih trauma dan belum bersedia untuk sesi kaunseling,” katanya dalam kenyataan.

Buat masa ini, kanak-kanak lelaki terbabit kini berada bersama bapa kandungnya di Felda Neram, Kemaman untuk ditenangkan.

Jelas Khairul Amri, JKM Kuantan telah merujuk kes berkenaan kepada JKM Kemaman yang memaklumkan sentiasa bersedia utk menyantuni keluarga itu termasuk mengadakan sesi kaunseling.

Sebagai rekod, kanak-kanak itu yang merupakan   adik bongsu suspek adalah individu terawal menyedari tentang kejadian apabila terdengar bunyi pertengkaran kira-kira pukul 7 pagi ketika berada di dalam bilik tidurnya.

Sebaik keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur, dia mendapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan sempat menjerit meminta agar dia mendapatkan bantuan daripada bapa saudara yang tinggal di belakang kawasan perumahan sama.

Sejurus pulang semula ke rumah, mereka menemukan empat jasad abangnya sekeluarga sudah tidak bernyawa di dalam sebuah bilik tidur, manakala ibunya berlumuran darah dan meninggal dunia di ruang dapur. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga mati dibunuh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast