Oplus_16908288

KULAI – Seorang lelaki warga emas yang sudah bercucu ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika membeli nombor ekor di sebuah kedai di bandar ini semalam.

JAINJ dalam satu kenyataan memberitahu, operasi tersebut dilakukan pukul 12 tengah hari dan warga emas berusia 60-an itu tidak menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Penguat kuasa tiba di hadapan pintu kedai nombor ekor terbabit dan melihat seorang lelaki sedang berurusan di kaunter. Dia menunjukkan sejumlah wang dan kemudian menerima sekeping kertas.

“Selepas itu dua penguat kuasa menahan lelaki tersebut. Turut dirampas adalah sekeping tiket judi bernilai RM5,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Menurut JAINJ, siasatan mendapati lelaki itu merupakan pesara swasta dan mempunyai anak dan cucu.

“Dia sedang berpuasa dan belum tinggal puasa lagi. Dia ditahan di bawah seksyen 18 kerana berjudi.

“Selain operasi terhadap orang yang tidak berpuasa, penguat kuasa tetap meneruskan operasi lain termasuk khalwat, judi dan pemungut derma tanpa kebenaran,” tambah JAINJ.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast