Keadaan kenderaan yang terbakar dan seorang bayi tercampak keluar dalam kejadian di hadapan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat hari ini

BATU PAHAT – Tular kemalangan sebuah kenderaan sehingga terbakar dan seorang bayi tercampak keluar serta menangis dalam kejadian di hadapan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini dipercayai awal pagi ini.

Menerusi video tular yang berdurasi 53 saat itu yang dimaklumkan berlaku pukul 2.40 pagi tadi, kelihatan orang ramai berlari di lokasi kejadian dalam keadaan kenderaan itu masih terbakar.

Dapat dilihat bayi yang dipercayai tercampak beberapa meter dari kenderaan tersebut sedang dipangku pengguna jalan raya dalam keadaan menangis.

Bersebelahan bayi berkenaan terdapat seorang mangsa terbaring tidak sedarkan diri tetapi tidak dapat dipastikan lelaki atau wanita.

Kenderaan berkenaan pula berada dalam keadaan remuk dan rosak teruk terutama pada bahagian hadapan.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan kenyataan rasmi berhubung kemalangan tersebut daripada Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast