Foto: FB Embassy of Malaysia in Abu Dhabi.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin (2 Mac) berikutan situasi keselamatan serantau yang sedang berlaku.

Kedutaan itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh berkenaan, perkhidmatan konsular secara bersemuka tidak akan disediakan.

“Bagaimanapun, pasukan konsular masih boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bagi memberikan nasihat serta bantuan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular lanjut boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel [email protected].

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast