M. Kumar

KUALA LUMPUR – Seramai 46 orang warga Indonesia termasuk tiga tekong ditahan dalam Op Pintas yang dijalankan di perairan Sabak Bernam, awal pagi tadi.

Ketika serbuan yang dijalankan kira-kira 3 batu nautika dari perairan itu, semua migran terdiri 26 lelaki dan 20 perempuan tersebut dalam perjalanan ke Tanjung Balai Indonesia menggunakan bot jenis ‘Pom Pom’.

Mereka yang berusia antara 25 hingga 40 tahun dikenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM2,000 seorang, yang dibayar secara tunai kepada transporter.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu berkata, operasi berkenaan dijalankan bersama Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara dan Task Force NSO MAPO dan Kementerian Dalam Negeri bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran di kawasan perairan tersebut.

Mereka semua ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Selain itu, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1059/63 iaitu memasuki Malaysia tanpa pas sah dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjawa tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan.

Kumar berkata, polis akan terus memperkukuhkan kawalan keselamatan di perairan negara dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyeludupan migran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast