Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam gaung dengan sendirinya di Kilometer 27.4 Lebuhraya KL menghala Karak, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.03 pagi.














