Abu Bakar menunjukkan menu Nasi Afghanistan yang menjadi signature di Bufet Ramadan Whitehall Event, Kempas, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kebanyakan hotel dan restoran di negara ini memilih untuk menampilkan hidangan tradisi tempatan atau moden sebagai juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Berbeza dengan kebiasaan, Bufet Ramadan Whitehall Event kali ini tampil gabungan pelbagai menu berunsur nostalgia dan sentuhan moden yang masih mengekalkan cita rasa tempatan sebagai tarikan utama.

Pengurus Jualan Whitehall Event, Abu Bakar Abdul Manan berkata, antara menu signature atau paling unik yang diketengahkan ialah Nasi Afghanistan dan sup tulang.

Menurutnya, hidangan tersebut dipilih kerana menampilkan rasa autentik serta jarang ditawarkan dalam bufet Ramadan berskala besar ditempat lain.

Selain itu, bufet Ramadan itu turut menampilkan kambing golek, coleslaw, sup daging dan sup campur, ayam mandy, daging masak hitam/kuzi, salata, sup nasi Arab dan sambal nasi Arab.

“Terdapat masakan tradisional seperti ikan kurau masak lemak nanas, gulai urat tunjang, sambal petai udang, ayam kungpao, daging tetel asam pedas, paru berlado dan kobis goreng.

“Begitu pelanggan boleh merasai ikan asam pedas, sotong kari, ayam kurma, daging black pepper, daging gulai minang dan bawal hitam masak sweet savour,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata, bagi mereka yang mahu merasai menu barat boleh mencuba Dory Deep Fried Chicken, chicken chop grilled, cheese mini burger sliders, nuggets tempura, spaghetti aglio olio, seafood fettuccine alfredo dan marshall potatoes.

Katanya, setiap hari bufet Ramadan mereka akan bertukar menu bagi memastikan kepuasan dan kelainan supaya pelanggan tidak bosan serta dapat merasai pelbagai menu.

Jelasnya, terdapat tiga dewan makan yang besar dengan kapasiti 1,000 orang dan sepanjang Ramadan dibuka dari pukul 6.30 petang sampai 8.30 malam.

“Bagi kali Bufet Ramadan Whitehall Event kali ini mengenakan bayaran RM79 untuk dewasa, RM69 untuk warga emas dan RM39 untuk kanak-kanak.

“Jika membawa atau datang dengan 30 orang dewasa akan dikurangkan RM67 untuk seorang. Setiap hari kita juga mengadakan cabutan bertuah dengan dua hadiah utama dan empat hadiah lain.

“Pada bulan biasa Whitehall Event dijadikan tempat untuk pelbagai program seperti majlis perkahwinan, majlis untuk syarikat koporat, majlis graduasi, program seminar untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya,” katanya.

Dengan konsep gabungan tradisional dan moden serta kepelbagaian menu, bufet Ramadan ini memberi pengalaman berbuka puasa yang lebih istimewa dan memuaskan kepada pelanggan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast