Foto IG Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan hubungan istimewa dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah sempena ulang tahun kelahiran Bella yang ke-32, semalam.

Bekas menteri Kabinet itu bukan sekadar menghadiahkan sejambak bunga mawar merah kepada ibu tunggal berkenaan, malah turut membawa Bella dan dua anaknya menikmati hidangan di sebuah restoran mewah.

Menerusi ucapannya, Syed Saddiq menyifatkan aktres berkenaan sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

“Lembut bila perlu, kental bila diuji. Itulah Bella yang saya kenali. Selamat hari lahir, Iron Lady,” katanya dalam hantaran di Instagram miliknya di sini hari ini.

Foto IG Syed Saddiq.

Pada masa sama, Syed Saddiq turut memuji kecomelan anak perempuan Bella yang sememangnya sudah mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Ara memang puteri dari segala puteri,” pujinya.

Perkongsian itu sekali gus menarik perhatian peminat yang tersentuh melihat kemesraan mereka, selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Sebelum ini, Bella, 32, dan Syed Saddiq, 33, dikatakan semakin rapat selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama, namun masing-masing mengakui hubungan tersebut tidak lebih daripada rakan. – MalaysiaGazette

Foto IG Syed Saddiq.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast