Bunga api dan mercun yang dirmapas dalam satu serbuan di tepi Jalan Penghulu Kassim, Kluang semalam.

KLUANG – Seorang peniaga bunga api dan mercun diberkas dalam satu serbuan selepas dikesan menjual bahan itu tanpa lesen di tepi Jalan Penghulu Kassim di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pelbagai jenis mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan bernilai RM6,000 dirampas.

“Tangkapan dilakukan pada pukul 6 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Seorang lelaki berusia awal 20-an ditangkap kerana menjual bunga api dan mercun tanpa lesen serta permit yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara yang dirampas adalah sebanyak 40 kotak LC42 Happy Boom Shoot Cake, 20 kotak PP115 Happy Boom Celebration Cake Repeater dan sembilan kotak SV300 Shot Cake 168 Shot 1.0 inci serta dua batang paip plastik hitam.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1987.

Tembahnya, jika sabit boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast