Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan lori di jalan menghala ke Pemanis, Sekijang, Segamat, semalam.

SEGAMAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di jalan menghala ke Pemanis, Sekijang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 4.40 petang melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan lori Isuzu.

“Dalam kejadian itu penunggang terbabit yang berusia 50-an mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pemanis yang hadir di lokasi kejadian.

“Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adzrull Hisham Nakmat@Ahmad menerusi talian 07-9325811 untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes masih disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast