Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad.

JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad mempersoal kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran bersama-sama aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah pagi ini.

Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pulai berkata, Kulasegaran  perlu memberi penjelasan tentang kapasiti kehadirannya itu di mahkamah.

“Kita tak mahu perkara ini memberi gambaran yang salah kepada rakyat, seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun atau cuba menunjukkan sokongan politik terhadap beliau.

“Kita juga bimbang tindakan ini boleh merosakkan imej Kerajaan Madani dan Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal pagi tadi, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun sewaktu tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.

Arun didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video dimuat naik di Instagram miliknya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast