Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh memohon penjelasan daripada pihak berkuasa berhubung layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy.

Kedua-dua individu berkenaan hari ini dituduh di mahkamah berbeza atas pertuduhan serupa iaitu melibatkan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Seorang digari dan seorang lagi tidak digari.

“Boleh ke pihak polis memperjelaskan kenapa berlakunya begini.

“Adakah SOP berbeza sbb arun diiringi oleh Timbalan Menteri berbanding zamri?

“Kami minta penjelasan.

“Sama juga dengan kes bendera terbalik, yang didakwa adalah org yang mempertahankan bendera, tetapi orang yang terbalikkan bendera secara sengaja masih lagi bebas.

“Keadilan apakah ni?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, pelbagai pihak turut mempersoalkan perbezaan layanan terhadap kedua-dua individu berkenaan yang berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini.

Zamri Vinoth dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula.

Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang dengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang dihadapi kedua-dua tertuduh merujuk kepada kesalahan berkaitan kenyataan, khabar angin atau laporan yang boleh menimbulkan kegentaran awam atau mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Bagi Seksyen 505(b), jika sabit kesalahan seseorang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast