Bahri memberikan duit raya kepada anak-anak anggota polis selepas solat sunat Aidilfitri di Surau As-Solihin di Kluang, semalam.

KLUANG – Tiga remaja lelaki yang merempit pada malam raya di Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran kawasan Bukit Ayam di sini diberkas awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, semua tangkapan dilakukan pada pukul 1 hingga 2 pagi semalam atas kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Tangkapan melibatkan lelaki berusia 17 hingga 19 tahun dan mereka bermalam dalam lokap ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut Syawal.

“Permohonan tahanan reman sudah dibuat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat sunat Aidilfitri bersama-sama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di Surau As-Solihin di sini semalam.

Bahrin memberitahu, sebelum itu pihaknya mengesan lebih 20 motosikal berlumba secara haram di jalan berkenaan sebelum tiga daripadanya berjaya ditangkap.

“Ketiga-tiga buah motosikal iaitu sebuah Honda EX5 dan dua buah Yamaha LC135 yang digunakan remaja berkenaan juga disita atas pelbagai kesalahan.

“Bagaimana pun semua tangkapan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau serta ujian air kencing negatif pengaruh sebarang jenis dadah,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus membuat pemantauan keatas aktiviti tidak bermoral seperti itubwalaupun menjelang dan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast