Kemalangan berlaku di kemalangan di KM 153.5 arah Selatan dari Juru ke Jawi awal pagi tadi. Lorong kecemasan terhalang. foto LLM

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat pagi ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan, selain disebabkan kemalangan dan kenderaan rosak.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 arah selatan, kesesakan sepanjang tujuh kilometer dikesan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar berikutan kemalangan di KM 231.4

“Kerja pembersihan kesan kemalangan sedang dijalankan dan lorong kanan masih terhalang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata bagi laluan PLUS E2, trafik perlahan dari Setia Tropika ke Dato’ Onn manakala kelewatan dijangka dari Sedenak ke Senai Utara berikutan kenderaan rosak di KM 22.8 arah selatan yang menghalang lorong kecemasan dan kiri.

Sementara itu, aliran trafik dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor dilaporkan perlahan dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands ke CIQ Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Turut dilaporkan perlahan ialah dari Puchong Utama ke Puchong Intan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam dan platform X @plustrafik dan @llmtrafik. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast