KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan ke atas dakwaan Victor Chin yang mengau sudah memberi RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, takkanlah SPRM hendak menunggu kelulusan daripada perdana Menteri untuk melakukan siasatan pendedahan yang dibuat oleh Victor itu.
“Jika SPRM sudah selesai berhari raya, dimohon untuk siasat Victor Chin kerana sudah mengaku beri RM9.5 juta kepada seorang MP PKR.
“Takkanlah nak tunggu kelulusan PMX pula,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menerusi Facebook.
Dalam dokumen setebal 40 halaman yang memperincikan kronologi berkaitan isu ‘mafia korporat’ membabitkan Syarikat NexG Berhad.
Beliau mendakwa ahli Parlimen berkenaan telah memintanya menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta.
Victor bagaimanapun memberitahu, dia hanya menyediakan RM9.5 juta pada peringkat awal.
Baki RM500,000 tidak pernah diserahkan kepada ahli Parlimen tersebut kerana isu berkenaan tidak diselesaikan.
Victor juga mengeluarkan mesej kepada ahli Parlimen tersebut: “Sila pulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026, atau identiti anda akan didedahkan.
Pada 16 Mac lalu, polis mengesahkan telah menyerbu beberapa premis milik tokoh korporat, Victor di sekitar Kemensah dan Sungai Long, Kajang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, serbuan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu dilaksanakan bagi membantu siasatan kes di bawah AMLA. – MalaysiaGazette
Mafia korporat: Victor Chin dakwa serah RM9.5 juta kepada MP PKR
















