Foto: JBPM Sarawak

KUCHING – Seorang lelaki berusia 15 tahun ditemukan maut dipercayai dibaham buaya ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Sarawak di Kampung Segubang, Batu Kawa, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, mayat dijumpai oleh ahli keluarga kira-kira 5.30 petang, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama abang dan adiknya sedang mandi di sungai, manakala ibunya membasuh pakaian.

“Semasa mandi, mangsa mengadu sakit pada kaki sebelum dipercayai ditarik oleh seekor buaya. Ketika kejadian, datuk mangsa yang turut berada di lokasi bertindak mengejar mangsa dengan menggunakan bot,” menurut kenyataan itu.

Unit Penyelamat Di Air (PPDA) bomba menggunakan bot penyelamat untuk menjalankan pencarian dengan kaedah ‘surface searching’ di sekitar kawasan kali terakhir mangsa dilihat.

“Panggilan kecemasan diterima kira-kira 2 petang, sebelum jasad dijumpai dalam keadaan tidak sempurna,” menurut kenyataan itu.

Mayat remaja itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast