Home Utama Syed Saddiq, Bella Astillah bertunang hari ini

Syed Saddiq, Bella Astillah bertunang hari ini

@malaysiagazette

Pelakon juga penyanyi, Bella Astillah bakal bergelar tunangan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam sebuah majlis sekitar pukul 3 petang ini. SyedSaddiq BellaAstillah BASS Video : YB Syed Saddiq

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kekasihnya Bella Astillah mengikat tali pertunangan hari ini, sekali gus mengesahkan spekulasi hubungan mereka yang bertiup kencang akhir-akhir ini.

Pengumuman bahagia itu disampaikan sendiri oleh Syed Saddiq, 33, menerusi laman Facebook sambil menyatakan, Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, beliau melamar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 34, di atas Gunung Kinabalu ketika hujan lebat.

“ I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,” ujar beliau.

Sementara itu, kedua-dua pasangan tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada pelbagai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

“Tahniah Saddiq! Big boy now, wishing u nothing but pure happiness with Bella,” ujarnya dalam laman Facebook.

Perkhabaran itu mula menjadi perhatian umum selepas beberapa sumber mendedahkan pasangan itu giat membuat persiapan hari bahagia mereka manakala majlis akan berlangsung pukul 3 petang.

Sementara itu, abang Syed Saddiq yang dikenali sebagai Space Dollah turut terlepas cakap dan memberi bayangan hubungan kedua-duanya bakal menginjak ke fasa bahagia.

“Saya hargai awak. Saya sayang awak. Selamat datang ke ke… baru nak cakap selamat datang ke keluarga, eh.”

Demikian kata beliau atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial yang memberi bayangan perkembangan hubungan kedua-duanya.

Ucapan Space Dollah itu seolah-olah mengalu-alukan kehadiran Bella ke dalam keluarga mereka sambil berkongsi keterujaannya sambil memuji kelakuan Bella terhadap ibunya semasa sambutan hari raya tempoh hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast