Suspek remaja ditahan dan telefon bimbit yang digunakan untuk merakam dirampas polis.

KLUANG – Polis menahan seorang pemandu kereta api kanak-kanak di sebuah pasar raya di sini kerana merakam video dalam tandas wanita pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek iaitu lelaki tempatan berusia 18 tahun diberkas pukul 9.20 malam pada hari yang sama dalam Ops Cantas.

“Tindakan pantas polis berjaya suspek yang merakamkan video dalam tandas wanita. Dia merakamkan video dalam tandas wanita di pasar raya berkenaan.

“Semakan rekod jenayah terhadap suspek mendapati tiada rekod jenayah kesalahan lampau. Ujian saringan air kencing mendapatinya negatif daripada sebarang penyalahangunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Bahrin memberitahu, pertuduhan sudah dibuat bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini dan suspek mengaku salah.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast