Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melarang bukan warganegara membeli minyak masak bersubsidi sebagai langkah tepat untuk pastikan subsidi sampai kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata,  peraturan baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu turut memperkenalkan penggunaan imbasan MyKad bagi menyelaraskan pembelian juga dilihat dapat mengurangkan kebocoran, membendung penyalahgunaan dan meningkatkan ketelusan dalam pengedaran subsidi.

“Sebelum ini CAP menerima aduan bahawa beberapa peniaga enggan menjual minyak masak bersubsidi kepada rakyat Malaysia, mendakwa kekurangan stok, sebaliknya menjualnya kepada warga asing pada harga lebih tinggi.

Mohideen.

“Tindakan itu bukan saja menafikan hak rakyat yang layak malah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap program subsidi.

“Justeru penguatkuasaan tegas dan konsisten adalah penting, termasuk tindakan terhadap peniaga yang melanggar kawalan harga dan peraturan kelayakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan sama, CAP juga menyeru agar perlindungan data peribadi pengguna dipastikan supaya pelaksanaan langkah ini lancar dan tidak menyusahkan pembeli sebenar.

“Kita kekal komited menyokong langkah yang melindungi hak pengguna dan memastikan subsidi diagihkan secara adil untuk manfaat rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast