Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Terima kasih Tun. Selagi Melayu berpecah, selagi itulah kita akan lemah.

Itu respon ringkas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masalah perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

Dr Mahathir hari ini dalam kenyataannya berkata, kesilapan orang Melayu ekoran kerana banyak penubuhan beberapa parti.

“Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecahbelah orang Melayu. Mereka bersaing sesama mereka. Tidak mungkin ada antara mereka yang menang,” kata bekas Perdana Menteri dua kali itu.

Pada zaman penjajah, Dr Mahathir berkata, orang Melayu bersatu melalui satu parti, UMNO dan berjaya mengalahkan British.

Bagaimanapun hantaran beliau menerima banyak komen netizen mempertikaikannya kerana Dr Mahathir sendiri salah seorang yang menubuhkan banyak parti selepas keluar dari UMNO – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast